Iklim Malaysia
Gambar satelit menunjukkan sistem cuaca sekitar Malaysia, gambar Jabatan Kajicuaca Malaysia
-
Rencana utama: Iklim Malaysia
Malaysia terletak dalam kawasan
doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira
musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya
matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim
monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar
kelembapan (
humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.
Keadaan
angin di
Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-Âubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam
corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu
monsun barat daya,
monsun timur laut dan dua
musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-Âmusim peralihan monsun, semasa
palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-Âubah.
Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan
Mei atau awal bulan
Jun dan tamat pada akhir bulan
September. Angin lazim bertiup dari arah
barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15
knot.
Monsun timur laut bermula awal
November dan berakhir pada bulan
Mac. Angin lazim adalah dari arah
timur atau
timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-Ânegeri pantai timur
Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan kuat udara sejuk dari utara (
luruan sejuk).
Sebagai negara yang dikelilingi laut,
Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah,
bayu laut dengan kelajuan 15
knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan
bayu darat akan terjadi di kawasan pantai.