Wednesday 27 February 2013

BAHAN SLAID PDP KT






TUGASAN KUMPULAN KT TAHUN 5K

Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk di Malaysia

Tugasan Kumpulan :

Kumpulan 1 :  Nyatakan bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi di Dataran Kedah
                        - Bentuk muka bumi : .............................................
                        - Kegiatan ekonomi :..............................................
-Nisharinieyani
-Noor Aini Ulfah
-Nur Syafira
-Khairul Izwan
-Daniel

Kumpulan 2 : Nyatakan bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi di Pulau Redang
                       - Bentuk muka bumi : .....................................
                      - Kegiatan ekonomi :.......................................
-Devyani
-Effa
-Surya
-Tajudin
-Suzana

Kumpulan3 : Nyatakan bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi di Cameron Highland
                       - Bentuk muka bumi : .....................................
                      - Kegiatan ekonomi :.......................................
-Syamirul
-Natasha
-Haiqal
-Shafiq
-Ismail

Sila klik pada tulisan ini untuk memberikan jawapan atas talian

latihan 7/3/2013



Sunday 9 September 2012

MODEL KERUSI KAYU

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4
Tugasan : Cikgu Mohd Yusni b. Mohd Yunus
4.1. Perihal Keluarga
4.1.1 Rumah

No. 4: Shafiq/Izwan/Haikal/Suria

No.3 : Tajudin/Daniel/Thinesh/Elaiavan

No.2 : Asrina/Devayani/Effa/Ulfa

No.1 : Suzana/Nisha/Natasha


Thursday 1 December 2011

HUTAN DI MALAYSIA

Hutan dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung.
                                                  Hutan hujan tropika
                              
  •  meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita
  • terpenting dan terluas di Malaysia
  • ketinggian kurang daripada 1000 meter 
  • meliputi kaki bukit atau cerun bukit di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • malar hijau
  • meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi
  • dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
  • mempunyai jenis kayu keras bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau dan seraya
  • pembentukan empat lapisan


           Lapisan renjung atau lapisan emergen
  • terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter
  • Binatang seperti burung kakatua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini
  • Pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi
  • mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang


Akar banir
          Lapisan kanopi
  • mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter
  • pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan
  • binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek


          Lapisan tengah
  • terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter
  • Contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok
  • tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit
  • tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah 
  • tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada  pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya matahari
  • tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup
Paku tanduk rusa
         
          Lantai hutan
  • terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi
  • binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling
  • tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba
  • Tapir
  • tumbuh-tumbuhan di lantai hutan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari
Bunga Rafflesia


                                           Hutan paya 



Hutan paya dapat di bahagikan kepada dua jenis, iaitu hutan pata air masin dan hutan paya air tawar.

Hutan paya air masin 
  • Kawasan
  1. Sekitar muara Sungai Perak dan Sungai Bernam
  2. Kawasan pantai Johor dan Melaka
  3. Kawasan pantai timur Sabah
  4. Muara Sungai Rajang dan Sungai Baram
  • Ciri utama
  1. tumbuh dengan subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan sering mengalmai air pasang dan surut
  2. mempungyai akar ceracak yang tumbuh di permukaan lumpur di permukaan lumpur dan air untuk bernafas serta akar jankang yang menyokongnya daripada tumbang
  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  1. pokok bakau
  2. api-api
  3. perapat
  4. berus atau tumu
  • Hidupan air
  1. ikan
  2. ketam
  3. siput
  4. lokan
  5. udang
  6. sotong
  7. kerang
Hutan paya air tawar

  • Kawasan
  1. sekitar kawasan di antara Kuantan hingga ke selatan Jojor
  2. sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera
  • Ciri utama
  1. terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut, dan bertakung air
  2. pokok-pokok yang tumbuh biasanya tinggi
  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  1. palma
  2. gelam
  3. nipah
  4. kempas
  5. keladi air
  6. mengkuang
  • Hidupan air
  1. udang galah
  2. ular
  3. biawak
  4. katak
  5. ikan
                               Hutan pantai



  • meliputi beberapa jenis pokok dan tumbuhan menjalar
  • terdapat kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut
  • tumbuh-tumbuh yang terdapat di hutan pantai ialah pokok ru, pokok kelapa, pokok renek, mengkuang laut, tumbuhan menjalar sepeti tapak kuda dan semak samun
  • tumbuh-tumbuhan dapat hidup walaupun ditenggelami air laut
                                      
                                             Hutan gunung 


  • tumbuh subur di tanih laterit di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter dari aras laut
  • hutan gunung seperti Banjaran Crocker, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tama Abu, Banjaran Tahan dan Pergunungan Iran
  • kawasan semakin tinggi, tumbuh-tumbuhan semakin jarang
  • ditumbuhi oleh pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut
  • suhu di kawasan tersebut rendah
  • lapisan tanih nipis
  • tempat di paras ketinggian melebihi 3500 meter diliputi batuan tandus seperti di bahagian puncak Gunung Kinabalu
  • terkenal dengan beberapa jenis bunga seperti rafflesia, orkid dan pokok periuk kera 
  • Jenis tumbuh-tumbuhan gunung
          0 m - 1200 m =Hutan dipterokarp bukit ( Meranti, cengal, kapur)
          1200 m - 1800 m = Hutan montane bawah ( Tumbuhan oak, paku-pakis, orkid )
          1800 m - 2900 m =Hutan montane atas ( Tumbuhan epifit, periuk kera, konifer )
          2900 m - 3500 m = Tumbuh-tumbuhan sub-alps
          3500 dan ke atas = Tumbuh-tumbuhan alps

Wednesday 30 November 2011

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

BENTUK MUKA BUMI 







Bentuk muka bumi Negara kita terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau



Tanah tinggiTanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Antara gunung yang terdapat di tanah tinggi ialah gunung Kinabalu. Stesen hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air





Tanah pamahKawasan tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya. Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya padi banyak di tanam di Dataran Kedah-Perlis.




Saliran Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Ianya merupakan sumber pengairan dan perikanan. Petani dapat menanam padiapabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.



Pinggir lautKawasan pinggir laut Negara kita terdiri daripada pantai, teluk, tanjung dan pulau . Keistimewaan pinggir laut ialah menjadi kawasan perlancongan, kawasan pelabuhan dan kawasan perikanan.